WelCoME !

hi... love ! aku masih disini

Friday, 12 April 2013

6 perkara harus dilupakan !

Assalamualaikum..hi olls !


1)      KISAH SILAM

Mungkin niat kamu hanya untuk bercerita ataupun sengaja  ingin buatkan si dia cemburu, tetapi bila dah terlalu kerap si dia akan mula muak dengan cerita basi kamu itu dan besar kemungkinan ia akan menjengkelkan. Jadi berhenti bercerita tentang kisah silam kamu. Anggaplah segala yang sudah berlalu itu sebagai sejarah. Usah di kenang apa-apa lagi. Inilah masanya untuk kamu bina hidup baru tanpa di bayangi oleh cinta silam.

2)      MASALAH BERAT BADAN

Pekara yang paling menjengkelkan lelaki adalah apabila si kekasih hatinya asik berkata “you, I dah gemuk kan!” atau “I tau lah I dah gemuk, you mesti  tak sukakan I lagi kan!” kerana bagi mereka niat mereka bersama mu bukanlah kerana fizikaliti tetapi kerana cara kamu membawa diri kamu.

3)      JARAK JAUH

Cuba pikirkan sejenak pernahkah kamu berkata “Saya rasa hubungan kita tak akan kemana sebab awak jauh kat sana”? kalau pernah, jangan sesekali jadikan jarak sebagai penyebab kamu berdua tidak boleh bersama. Percayalah kalau ada jodoh sejauh mana sekalipun kamu pergi, satu hari nanti kamu pasti akan bersama juga. Jadi lupakan alasan ‘jauh’ itu.

4)      TERLALU KEPEREMPUANAN

Bukan bermaksud kamu perlu menjadi seperti lelaki, tetapi bila kamu terlalu mengikut ‘jiwa perempuan’ yang kamu miliki itu contoh seperti merajuk, mengedik, mengongkong, cemburu buta dan macam-macam lagi siapa yang boleh tahan kan ? sekali dua mungkin nampak comel tetapi kalau dah sehari tiga empat kali kamu merajuk itu dah menjengkelkan! Lelaki suka perempuan yang ‘kalis peluru’ dan lasak, mereka lebih mengagumi perempuan seperti ini, jadi apa kata cuba buangkan sifat terlalu keperempuanan kamu itu .

5)      TERLALU BERCAKAP SOAL HATI

Mungkin bagi kamu bila terlalu banyak bercakap soal hati itu menunjukan kamu seperti seorang yang benar-benar sedang jatuh cinta. Tetapi tidak bagi lelaki. Mereka akan terasa jemu jika kamu kerap sangat bercerita tentang soal hati. Paling memalukan bila dia mula akan cakap “Ehhh desperatenya perempuan ni”


6)      SUKA BUAT PERBANDINGAN

“Ohhh sekarang awak pilih mana satu yang awak nak saya ke kereta awak”. Secara jujurnya pernah tak korang bercakap macam ni pada si dia ? jika tidak, elakan dari bercakap seperti itu. kerana lelaki memang tidak suka bila dia terpaksa membuat pilihan kerana mereka memang tidak reti memilih.Jadi, lupakan perkataan-perkataan yang menyebabkan si dia 'terpaksa' membuat sebarang keputusan atau pilihan.





No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved impian3@blogspot.com