1. Bulat
Individu yang
mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental,
idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan,
suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga
seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada
cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan
punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak
terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang
tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu
yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh
menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya
dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa
banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke
atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi.
Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain.
Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain.
Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati
dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status
tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung
besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka
merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa
sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan
kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi.
Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu
dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata
atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang
lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari
peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak
mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan
yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk
memajukan diri.Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
No comments:
Post a Comment