WelCoME !

hi... love ! aku masih disini

Sunday 30 December 2012

dairy impian 29.12.12

Assalamualaikum,

andainya dia tahu hal sebenarkan ada baiknya..tapi sayang semunya sudah berakhir,andai dia tak mudah melatahkan mudah,jalan da terdampar cuma mahu atau tidak diteruskan...argghhh ! aku pelik,aku sedih...tak pernah diberi peluang bersuara.. !

perlu ke semua ni terjadi...sakit hati,sakit sangat...entahlah,.setiap kali baca note dia,setiap kali itulah mengalir air mata jernih,walaupun di tahan walaupun tak mahu tp ai tetap mgalir jugak...ada sesuatu yg aku rasai,ada sesuatu yg aku sebak,..janji yg dia tak penuhi? sedih ! dia berjanji tp satu pun tak boleh diguna pkai...sampai akhir nyawa,sampai akhir nafas akan ku nanti lafaz maaf dr dia....
pergi tanpa sebab,senyap tanpa khabar patut ke semua ni berlaku? sedangkan aku dsini setia membabi buta....sebab pada aku kaulah yg terbaik,dengan kau aku cukup rasa aku sbagai wanita yg dicintai,tp malang nasib ni,malang tak berbaukan,..walaupun aku tak sempurna sperti yang kau inginkan,.tp kau yg sedang rugi waktu ini,kerana kau telah hilang org yg benar2 mencintai diri mu,..

Saturday 29 December 2012

Yang besar itu NAFSU.. Yang berat itu AMANAH.. Yang jauh itu MASA.. Yang indah itu SOLAT.. Yang dekat itu MATI.. [ Via Imam Al-Ghazali ]

dairy 29.12.12

Assalamualaikum...

hari ni hari bahagia bff aku,..wow ! bestkan,,dah bertunang ! aku ni takde sapa pun nak..hahaha..xpe2 aku percaya kalo dah jodoh tak kemanakan...hihii..ni aku upload ckit gmbonya..tgoklahhh !









Friday 28 December 2012

What Makes You Beautiful?

What Makes You Beautiful? Apabila Hawa itu menjaga aurat, percakapan, pergaulan, maruah diri, harga diri dan menjaga Allah di hati :')

kita semua cantek2 dan sempurna kjadiaannya,.cuma kadang2 kite sering mengeluh atas kekurangan yg ada,sbb kita tak jumpa dan belum temui kelebihan yg kita miliki itu lagi...

Ajaib di bumi Palestin

PERISTIWA AJAIB BERLAKU DI BUMI PALESTIN | Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!


Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!


Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :


1. Mujahideen, walaupuntangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.



Wednesday 26 December 2012

bila perempuan kecewa


jadi, ingatlah jgn buat hati sseorang perempuan itu kecewa,sbb kecewa mereka lama walaupun pada dasarnya anda nmpak dia tabah,nampak dia kuat..akan tetapi dalamannya cukup punah,.dia rasa dia yg bersalah,bersalah sbb apa?..bersalah kerana terlalu mempercayai org yg dia syg..sbb padanya tak penah kata kamu yg bersalah..org yg pernah mgembirakan dia,org yg penah buat die tersenyum adalah zaman silam dia dulu,zaman yg telah lama pergi yg telah lama luntur dlm hidupnya,tp dia tak penah lupa org tu.....hargailah yg masih ade,yg dlm genggaman..jgn smpai terlepas,bila sudah terlepas jgn beri harapan dia akan kembali pada kita seperti mana sedia kala yg dlu...mencegah lebih baik drpd merawat..
peace yooo !










Monday 24 December 2012

dairy impian 22.12.12



Dairy impian 22.12.12
Assalamualaikum,
Hari ni aku write dairy dlm work,bila aku online nanti aku akan paste kan ke blog,sbb aku tkot nti lupa,aku ni kan cept lupa..ok skrg aku nak cerita sepanjang hari 22.12.12..
Macam biasa bgun pagi dan pergi keja…pagi tu ku ade dpt berita,ayah sahabat adik aku meninggal dunia,..mari kita sedekahkan Al-Fatehah..semoga Rohnya dicucuri Rahmt dan berada dikalangn org2 beriman…amin Ya Rabbil Alamin….Alhamdulillah…keluarganya bole menerima ketiadaan ketua keluarga mereka,walaupun mereka bersedih keatas kemergian beliau,..aku tak tahu nak gambarkan,sbb aku tak pernah merasai,tapi apa yg pasti semua itu sangat menyakitkan,sebab org yg kita sayangi yg kita kasihi,pergi buat selama-lamanya…antara org yg terawal kita jumpa bila kita celik mata stlah keluar dr rahim ibu yg tercinta,.benar kata org ‘syurga kita di telapak kaki ibu’ &  ‘kasih bapa tiada penghujungnya’ semoga Nabilla dan keluarga cekal dgn dugaan yg mendatang ini,sesungguhnya Allah nak kita menyedari kewujudannya…

Selepas berita itu aku terima,masa nak on the way ke kerja aku singgah rumahnya kejap,.aku kesian sangat dkat keluarganya bila bapanya pergi bukan disisi keluarga tercinta,..bapanya meninggal di India…sedih..serius,aku mengalir air mata…dugaan mereka…nak bawak balik ke Malaysia pulak atas2 sebab kewangan pulak…mana mereka nak cari duit tu,mereka bukan keluarga berada,tp cukuplah segala keperluan,Allamdulillah…
Aku tak sanggup tgok wajah dia,..sedih ! serius… aku sebak sgt… Ya Allah…Ringankanlah dugaan mereka..sesungguhnya mereka hanya makluk yg kerdil..Nabilla,awk tu jgn terlalu sedih ye…kalo ade ape akak bole bantu akak bantu,awk tu nak SPM tahun depan,..belajar rajin2 dgn adik akak yea…focus untk study,jadi anak yg berguna dan banggakan ibu awk tu…akak percaya awk boleh buat sebaiknya…
:’(

Selepas itu, aku trus pergi ke kerja..kerja mcm biasa..jam 12 tu aku siap2 nak balik,bukan balik trus ke rumah,tp nak ke kenduri kahwin senior aku,..akak putri dengan abg iswan…majlis dierg simple tp best,tak sarat,.aku suka takde tekanan…so,aku pergi dgn adik aku je,mak abah pergi kenduri kawen sedara dekat segamat johor,.aku bukan xnak ikot,tp sbb aku keje,jdi yg dekat ni bolehlah aku pergikan…ok,cerita aku pergi kenduri akak put dgn abg iswan,dierg Nampak cantek dan handsome sgt,..Alhamdullilah,cinta di sekolah bawa ke nikah….sweets sgt….

aku harap dierg berbahagia hingga keakhirnya..bukan didunia shja tp,InsyaAllah hingga ke Syurga Firdaus,Syurga Allah


…alang2 aku pergi kenduri dirg,ade plak yg ajukan soalan cepumas,.. ‘kau bila lg?’ aku? Hahahahaaaa…macam tak cya je soalan tu…macam kelakar pun ada…percayalah,bila dierg Tanya soalan macam tu baru aku teringat yg aku tak pernah terpikir akan berkahwin,aku tak terpikir langsung,Ya Allah,..aku terlalu menyebukkan diri dengan tugasan,..hehe,memg aku sendiri menyebukkn diri pun,..aku taknak piker lg soal cinta setelah cinta yg kita sukai yg menghancuri kita sendiri,lain org lain cara menangainya kan..tak sama dgn aku,..sbb sesetengah org,patah hilang tumbuh berganti,tp pada aku yg patah tu tak sama dgn yg tumbuh,yg hilang tu tak seperti yg diganti…aku lain..lain dri yg lain..sbb tak ade istilah patah tumbuh hilang berganti dlm diri aku..tak akan pernah sama..tak akan !

Ok,balik dari kenduri tu adik aku nak pergi pecan pulak,nak cari bateri hanphone..aku pulak nak cari pen colour2..heheheee..senang nak buat note…bru a coluring ! ok,.. cari bateri da jumpa, pen pun da jumpa kitarang nak balik,mase nak ke kereta,ade kereta sebelah kereta aku nih dierg buk pintu la kan,..so,aku tak bole masuklah, “adoiii ape aku nak panggil dierg ni,..”detik aku dlm hti … leps tu adik aku pggil,bru aku tsedar dari lamunan, “da bukak blum” … “ hah ?” aku blur…aku ckp dah2..sbb aku punya alarm jenis silent,bila bukak n kunci tu memg xbunyi,senangkan?tak de pencermaran bunyi..hahahaaa…lepastu dierg kereta sebelah tu da dgr,..dirg da agak aku nak msuk ke kereta,jdi dirg dh tutup kereta,aku msuk je lah dlm kereta,.

Nak jdi cerita, msa aku msuk ke kereta mcm biasa,.aku betulkanlah kedudukan baju aku sbb aku duduk atas baju,jdi tak selesalahkan,mse tu aku pkai bju kurung moden,.urm..lepastu adik aku ckap “jomlah”,.aku kate “nantilah,panaslahh..mana pen cantek tu?” dia amek plastk bag yg dia letak kat seat blkg,..aku tgok jelah pen tu,pastu aku kate “comelnya pen ni” lepastu ku pandang kereta sebelah,..sbb aku pelik dierg xgerk2 lg,sedangkan dierg masuk dlu,..bila aku pandang je aku tgok camera dierg tgah shot aku,..perhhhhhh da la less besar gile,ape bnde dierg nak shoot aku ni,so aku ckap kat adik aku,.. “ kau tgok sblah,dierg amek gmbo ape? gmbr kite ke?” adik aku tgok n die kata “ ahh,dia amek gmbr kitalah,dahlah less besar gile” aku kate “ dierg nak buat ape dgn gmbr kita ni?..nak buat calon bini solehah ke? Hahahahaaa…so aku xpndg dierg,aku xpndg smpai dierg gerak,bila dierg da gerak bru aku tgok,plat kete Johor,okey..kebetulan,aku pandang dia pandang,..mak ai, hensome mamat ni…hukhukhukkk…what ever ! ade aku kesah,..tah2 kat org lain pun dia buat mcm tu,..dlm kereta tu aku rasa ada mak dia,duduk seat blkg,sblah lelaki tak pasti sape,adik ke abg ke or mmber,..papelah..aku rase dierg ni konvoi,dua kereta je kot,sbb ade lg stu kereta…die jalan depan aku kluar mstilah aku blkg diergkan..ok…mse die da kuar dri tmpat park,dia berhenti tepi,time tu aku curi tgok2 die pun tgoklah..perhh ! tolong,jgn nak mengada tgok lelaki..ok,..aku buat dek jelah,..die bhnti tepi tu mesti tunggu kereta konvoi dirg tu,..

aku keluar,..trus jalan,pastu singgah kat tmpt mmber keje,..lama tak jumpalah katakana,..rindu beb ! hahahaaa…dah slelai borak2 tu aku blik rummah teruslah,mane bole lame2 nak berleter dia tgah keja..huhu..blik rumah,bukak tv jelah..kepala da mula berdenyut,alamakkkkk ! hari ni aku lupa mkn ubat ! patotlh tak bermaya..keh ! aku baring2..keja tu aku mkn ubatlah..tak jalanlah…tak da tanda2 nak hilang pun,..dua jam lepastu,aku masih xlarat aku mkn lg ubat tu..serius aku tak bmaya,makan ubat pun aku baring,..urmmm…airmata aku keluar bukan sbb aku sedih,tp sbb aku tahan sakit smpai menitis air mata nih..mak n abah masih tak balik…bila aku bgun dri tidur tu aku angkat kain kat ampai,lpas angkat kain tu dirg blik,ok…aku da siap angkat kain,aku smbung bring,aku tutp muka aku dgn selimut,..sbnarnya air mata keluar masa tu,..tak taha sgt…Ya Allah….aku nekad hari isnin aku nak pergi check blik,..ubat pun da tinggal sebijik…ubat tu pun da xde kesan dkt aku….aku bgun dri tidur aku masak bubur !.. tekak aku rase kelat,..tahlah, selalu dah mcm tu,kdg2 aku tak rase ape2 kalau mkn atau minum…skrg pun kpla aku bdenyut lg… rambut pun byk gugur,.. :’( aku nekad, aku taknk bg tau dirg ape yg aku tnggung ni…ckuplah dgn ape dier da korban untk aku slm ni…selamat malam, maafkn aku jika aku ada salah silap dgn korang..mgkin ni kali terakhir penulisan aku,…kalo aku takde skli pun adik aku akn tolong amek alih..insyaAllh… Assalamualikum….

Monday 17 December 2012

dairy 17.12.12

Assalamualaikum...

sekarang aku da kurang update dairy,keadaan kesihatan yg tak mengizinkan...aku tak boleh nak lakon2 lg,.sbb semua sudah tpancar dekat wajah,wajah lesu aku cuba untuk bersemangat dan serikan kan yg pucat..aku calitlah ape2 bg nampak warna walaupun sudah kusam...

ni yg tbaru,.nampak pucat sebenarnya..to aku seri kan dgn edit...entahlah kadang2 malu nak bgambar sbb mmg tak ade rase daya dan seri...






 ubat2 ak larat dah nak telan,tp kadang2 aku skip jgak,..ishhh ! tak suke !

ubat biase je tp mcm org sakit da tak boleh nak dselamatkan..hukhukk





yg kelakarnya..ade same office ngn aku dierg kate mcm rupe aku si Heliza Helmi yg Manis ni..aku tgokk xde pun,die lg comel kot..hahahaaa...pastu kali kedua adik aku tgok, " along,mcm along lah" hahahaa..lg stu lawak !
nak pecah dunia ni aku gelak..tp xde lah smpai mgilai2..huhu...




Wednesday 12 December 2012

kisah hati 12.12.12

Assalamualaikum,..

tentang hati tak ada siapa yg tahukan?..melainkan Allah yg Maha Esa,..di sini tempat aku meluahkan kata hati disini tmpatnya aku meringankan ape yg aku rasa,dulu aku ada satu lg blog,.itu blog lama,aku create blog bru dengan harapan kenangan dulu biarlah menjadi kenangan,walaupun pahit untuk aku ingati,tp kenangan itu jugak yg buat aku bahagia satu ketika dhulu,yg buat aku ketawa tersenyum !

kadang-kadang aku tak paham tentang cinta,.kenapa ia aku masih nak ckap tentang cinta?.sedangkan aku benci cinta..sebab seseorang aku suka cinta dan sebab seseorang juga aku benci cinta...yeah ! cinta itu buatkan orang mengalaminya buta..buta dari segi batin bukan dri zahirnya,..

kadang-kadang kita yang salah menilai nilai-nilai cinta,nilai-nilai kasih dan sayang,..semuanya boleh buat orang jatuh dan tersungkur..Alhamdulillah aku masih punya iman,masih punya agama untuk terus dipelihara untuk terus dijaga dan di hormati,..

kadang-kadang kita lupa sebab cinta kita ada,..dua jiwa menjadi satu..fuhh !
tekanan dibuatnya,sbb cinta ni memainkan jiwa,hati,perasaan...
indah,.indah bila cinta itu suci dan ikhlas..kite mencintai seseorg memg baik,,kita dicintai seseorg juga bole buat kita bahagia,..tp lebih indah lebih bahagia bila org yg kite cintai itu turut sama mencintai kita,..pendek kata cinta berbalas,cinta same cintaa...argghhh ! cinta bole buat kita merana,cinta boleh buat kite berubah,..dan sebab cinta aku kecewa,..

kalaulah aku diberi peluang,aku akan menggunakan sebaik-baiknya..aku xnak peluang banyak2 kali,cukuplah sekali,ape yg jdi selepas itu aku redha,tp kan penjelasan aku langsung tak dihiraukan,ape yg buatkan dia mcm tu?.biarlah..biarlah..percayalah kata aku,suatu hari nanti dia akan rasa rugi dan sangat rugi kerana ia kejarkan cinta yg dia sendiri tahu dia akan memiliki,dan ia bertabah rase terkilan bila dia telah tinggalkan org yg mencintainya...sgt rugi !
aku tak tahu apa yg buatkan aku nak menulis hal2 ni semua,tp bagaikan ada stu tujuan yg aku sendiri tak tahu,.percayalah,hati seorang perempuan bukan untuk disakiti,tp untuk terus dijaga..percayalah,aku menunggumu..tp bukan untuk seperti dulu,tidak dan tak akan sesakali aku menerima,hati da hancur tak mungkin bole pulih seperti sedia kala,andai kata ia di rawat sekali pun kesan2 parutnya tetap ada,..tetap tak same seperti dlu,aku menunggumu..
bukan untuk bercinta kembali tp aku hanya mahu sebab munasabah !
hati terus tertanya-tanya dan berterusan,.aku juggak percaya suatu hari nanti aku akan membina keluarga bahagia,tp bukan dgn kamu~bukan ! dgn jodoh yg Allah telah tetapkan
 buatlah apa pun,pegilah kehunjung dunia sekali pun andai kata jodoh kau telah ditetapkan,tak ade sesiapa yg berkuasa menghalangnya,hanya Allah...love Allah,love Rasulullah !

setia?..kadang-kadang aku rasa setia itu sia-sia ! buang mase sebab belum confrm dia untk kita~ aku lebih suka berdikari sekarang..keluarga aku ada menemani aku,kalo dierg sibuk pun xpe,.aku bole pergi mana2 sorang2 diri,.aku shoping sorang2,jalan sorang2..kadang2 sorang2 ni lg best sbb kite bole take time kite sendiri,well..aku happy today !
walaupun sementara,biarlah ia menjdi rahsia dairy hidupku....jgn biarkan aku sorang2 sbb boleh mdatangkan kesedihan !
kadang2 hidup ni aku rase kosong..sesungguhnya aku trauma ...


 kadang-kadang kita tak sedar, setiap yg hidup pasti akan mati,bukan?..setiap org juga akan mendapat pasangan hidup,sbb kita dicipta untuk berpasang-pasangan..dan memg itu dr azalinya...aku bercakap bdasar ape yg aku tahu,dgn ape yg aku pernah lalui..jika ada salah dan silap harap korang tak pikir yg bukan2 dan maafkan yea .. :) peace yooo !

kadang-kadang aku fedup pasal cerita cinta,tp aku jugak sibuk bercerita tentang cinta,,..aku ade cuba2 buat satu novel..dlm pembikinan,..kisah2 novel ni nak kene tahu semuanyakan,mcm org menulis skrip la kan,..nanti aku da siap aku post sikit2 ok!...
sekarang ni banyak tugasan aku kena siapkan,..biaselah ujung tahun,..dan siapkan fail2 nak audit lg bagai semua tu,pening2...aku da cube sedaya upaya membantu pakcik aku dlm bsnesnya,,harap ia maju dan jaya..doakan yea !

bsns tu xde la besar mne,.InsyaAllah ianya semakin berkembang~ mane taknya aku sorang2 nak uruskan semua urusan office,ape tak cirit,..hahaa,da laa aku ni bljar pun tak tggi..semuanya berlajar dri pengalaman dan aku tanya pada yg lebih arif,walaupun dierg bijak mana pun aku je yg bole beri kata putus dan boss- pkcik aku...huhh..byak sgt benda aku nak kena pikir dan memg banyak2 sgt3 !
yg paling aku benggang time nak mintak payment,perhhhh....mcm2 aku dengar,mcm2 kerenah !
kena banyak bersabar,..aku tak akan cetuskan selagi mereka tak cetuskan masalah..aku ni dahlah kepala angin !







dairy 11.12.12

Asalamualaikum...

Alhamdulillah,aku smkin sihat..semakin kuat !
hahahaaa...opsss,..ade benda aku nak share dgn korang semua..

SEBELUM TIDUR

pertama : berlajar memaafi org lain

kedua : jgn lupa mengucap...kemungkinan besar itu riwayat kita yg terakhir sbb tidur tu mati sementara,dan mati itu tidur selama-lamanya...

amalkan,insyaAllah..disamping tu korang bacalah surah2..doa tido jgn lupa !

lepastu jgn pikir benda2 yg negatif, kerja2 yg tak siap sbb nty ia akan menganggu korang tidur...
aku ckap berdasarkan pengalaman sendiri..terpulang pada sape2 tak nak ikot,kalo nak ikot tu aku sgt2 berbesar hati...terima kasih yea !
semoga Allah memberi korang semua kebahagian !


love u alls !



Monday 10 December 2012

jum main game masak2

Assalamualaikum...

boringkan memalam ni..jum main game jual2..hehehee....jual hotdog !..jum..jum..jummm !

ni line game tu..jumlah teman kite..kuikuiikuiii...


game masak-masak hotdog

Sunday 9 December 2012

09.12.12 ahad

Assalamualaikum,

Tadi aku keluar dengan adik bungsu aku...kami memang rapat...
dia ajak aku cari pencil box,..ni pic kiterg...
tengoklah muke poyo kiterang nih..hahahaaa...dah lame kot aku tak ambik gmbo,
aku perasan kulit aku dah bertambah cerah,..hikhikk..jgn jeles wokey !

nih pic pertama...dan yg bawah tu pic kedua..dua keping je aku amek...sme je kot kalo amek byak kali pun,...akukan sweetis..hakhakkk ! prasan lebihkan !





sekian,..itu jelah ceritanya...maaf buang masa korang,..ni dairy sy ~ :P

kenduri kahwin anak sepupu abah ~

Assalamualaikum,..

hari tu aku ade pergi kenduri sepupu abah,..gmbar tak banyak la..ade sikit2 je..gambar pun tak cntek,aku bwak camera biase je pun..ape2 pun adelah stu dua keping.. :)




dekat sini ada pok long dan mok long aku...






cantekkan... sweets !





itu dia pengantinnya !




gambar jauhlah..ramai sgt kat dpan tu..aku da lah pendek..hehehee...
wahhh ! terase nak jugaklah...haha,..
merepek je kan aku ni...jdi jgn percaya aku ckap !


itu sajaaa....thnkssss....sekiannn ;

Cinta Vlog



Assalamualaikum,
jum tengok citer nih, best tau.. aku bru abis tengok nih..sweets!

" cukuplah sy ada awk sorang,sy tak perlu view yg rmai,ckup lah awk sorang..."

"dulu, awk ckap awk sukakan sy,sy takut sgt,sbb awk main2kn sy, tp skrg sy sedar,yg sy tak perlu takut lg "

Jangan Nakal Sayang

Saturday 8 December 2012

dairy impian 07.12.12

Assalamualaikum ;

aku rase bru semalam elok dan sembuh...tp hari ni aku rase balik ape yg aku rase dr sebelum ni...aku memg tak tahan,tp aku tahan jugak..untuk semua..untuk aku siapkan segala yg masih berbaki..aku harap segalanya baik2.barulah senang hati ni..

jumaat,.penghulu hari...dri dlu dan sampai la sekarang aku suka jumaat..hari yg tenang..hari yg senang..aku senangkan semua urusan aku dlm hari ni,walaupun ade yg buat aku malas nak berurusan...

ok..cter lain pulak,..sebenarnya skrg aku tgah nak kembangkan karier aku..cehhhh...karier konon,,.hahhaa..what ever ! janji aku senang hati..okey,.skrg aku tgah stdy untuk menjadi seorg ejen insurans,..doakan aku berjaya..doakan tau,..terima kasih kawan.. 
tapi yg aku gusarkan skrg aku bukak buku je ngatok..sabau je lah...byak bende aku nak kne hafal,perkataan yg aku tak biase bace,dengar, dan gunakan..ergggghh,da la otak da beku dgn ais..
semoga ia semua tjadi,semoga apa yg dihajati tercapai...
hahahahaa...dlm keple aku ni mcm2 aku nak ni..mcm2..tak cukup jri kalo nak kira..jri kaki ape dah guna,pinjam jri korang jap boleh..hihi...
lantaklah ape pun...tak kire2 aku nak jugak..nak jugak ! ape aku nak mesti aku dptkan ! muktamad !
kuikuii...alamak ai..terover pulaks..huhuu..biarlah,sibuk je.. buweeekkk :P
perghhh..tgah berdairy ni dgar lak lagu aku msih disini..memg syok ! aku suke..beratusan kali aku dgr pun aku suke..tp aku pelik ! lirik dia tetap aku tak ingt..hahahahaaa...

"aku masih disini aku menunggu mu"
kalo setakat menunggu tanpa usaha tak bole jugakkan..tp yg tak sudi jgn di dambakan...buat tak reti je,nanti hati sendri jugak yg merana !

dah lah...malas nak cter..aku kalo bcakap tak ingat dunia...ingat atas awan agaknya...mcm pelangi tu aku yg punya.. :P suke hati lah...dah2..gud nite mucuk alls... aku sorang je wangi.. buwekkk :P !

Friday 7 December 2012

dairy impian3 06.12.12

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hari ni aku semakin sihat..mcm tak caye je..dlm mase sehari aku bole kurangkan berat sebanyak 3kG !... terperanjat berok aku.. aku tau berat hilang smpai 3 kG pun sbb semuanya kebetulan,pagi tuh aku teringn nak timbang pastu lepas aku kene serang sakit gile2 tu trun 3kG..tah lah..hari tu apa aku mkn semua keluar,semua buang..perut kempis beb ! 
 
dlm sakit2 rase happy lak ai..hahahhaaa..tp serius aku ckap,aku tak bermaya selepas muntah tuh..dua hari aku hanya terlantar,bangun pun sbb nak buang air,..lepas tu baring lg...tup..tup.. tgah baring,dgn kple pusing,..bekas abuk rokok yg berat lg berkaca..huiihh jatuh btol2 atas kple aku ! 
perghhhhh ! sakit bkn main...bagaikan nak pengsan..kalo korang nak tahu,time aku kene tu petang la jugak...lepas tu aku tido tak sedarkan diri,smpai la ke malam..nak bgun pun tak larat...

Allamdulillah,hari ni semakin pulih walaupun td aku ade muntah2 jugak,kepala pusing2...perut aku ni macam tak boleh nak olah makanan yg aku makan,..ape yg aku makan semua akan keluar balik..so,buat mse terdekat ni aku hanya boleh makan bubur nasik je sbgai makan utama...
oklahhh...aku da mgntok ni..gudnite all's !!!

Thursday 6 December 2012

dairy impian3 05.12.12

Assalamualaikum sahabat sekalian,..

hari ni hari hambar bagi aku,
sedih
sedih sekali,
sakit tak terpinga,sakit tak terungkap,aku sendiri tak tau nak membayangkan keadaan yang sebenar,..
aku sgt2 berterima kasih pada adik aku yg sgt2 prihatin,walaupun dia kecik lg tp die sgt2 ambil berat tentang aku,..
aku kuat pun sebab dia,aku tgok kesungguhan dia bantu aku,aku jadi kuat,aku dapat semangat...aku sayang dia ! walaupun aku dengan dia bukan adik beradik kandung..

kepala aku ni dari tadi tak hilang-hilang rasa sakit...rambut semakin banyak gugur...semakin banyak...dada aku semakin kuat bergaduh,semakin kuat kacau,..bagaikan tsunami,..tp tak ada sape tahu,.. aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga aku dan sahabat2 realiti aku...cukuplah pada aku sahabat di alam maya sahaja yang tahu apa dan aku tanggung sekarang....


aku seorang yang degil dan sangat degil...
aku akan genggam sesuatu yang aku mahukan,cuma masa je yang akan menentukan,sama ada cepat atau lambat,..kekadang kedegilan aku ni ada batasannya..aku punya rasa serba salah,aku punya rasa kasihan,aku tak sggup lihat orang yang aku sayang hidup susah,biar aku susah tak apa,utama sekali mak aku,..apa sekali yang berlaku,..aku utamakan mak aku...bagi aku,tanpa restunya,bagaikan aku berjalan tanpa cahaya,..bagaikan aku bergerak dalam alam kegelapan,..dia lah segalanya..walaupun sepanjang riwayat aku ni aku hidup dengan keluarga angkat..tapi aku tak rasa kekurangan itu...aku dah anggap dia macam mak kandung aku sebenar...kami pun bukan orang lain,ade ikatan kekeluargaan jugak,.dia nenek aku,.memandangkan aku diasuh dari kecik dengannya aku anggap dia ibu kandung aku...mak kandung aku ?? dia ada di pahang, dia dengan ayah dan adik2 aku yang lain,aku tak ambil berat sangat pasal keluarga kandung aku tuh,
mereka pun tak amek tahu pasal aku,.aku tahu mereka susah,.tp aku anak dierang jugakkan,ape salah bertanya khabar,..kadang2 aku sedih sangat fikiran sesuatu di luar jangkaan aku,..korang patutnya bersyukur,sekurang-kurangnya ada ibu dan ayah kandung disisi,walaupun sekejap tapi korang dpt merasai kasih dan sayang mereka,..aku ? tak,aku tak rasainya..aku rindukan pelukan dri seorang ibu kandung,tapi aku tak pernah dapat sepanjang di ingatan aku..

 aku rindukan pelukan seorang ibu,

aku tak rasa itu semua..

kadang2 aku cemburu dengan kawan2 dgn org lain,aku tgok kemesraan mereka,tapi aku?..tak miliki langsung...hanya harapkan nenek aku yg aku panggil mak !

ujian

Ya Allah,dari aku lahir hingga sekarang,ujian tak putus2 kan,
aku kena tabahkan hati,..pada aku,aku da cukup berdikari pada zaman macam sekarang ni,..lepas aku sekolah,aku cari duit sendiri,..aku bukan nak berbangga diri,tp itulah realitinya,
dalam hati aku..aku nak smbung belajar,,tp aku masih punya hati memikirkan susah dan payah mereka bantu aku,mereka bela aku dari kecik hingga dewasa itu cukup memandai,sudah cukup bersyukur,sekurang2nya aku ada hidup lebih baik dri jadi anak tak apa2..

hidup aku,aku jalani hingga sekarang,semuanya aku tak jangka semuanya aku sangka..hidup aku sudah stabil,..sudah mampu berdiri di kaki sendiri..sekarang aku hanya mahu fikiran hal2 keluarga..walaupun mak aku dan sedara mara ade tanya tentang jodoh,..aku hanya senyum,dan kate belum ada jodoh,kalau ada tak kemana kalau itu da suratannya,..

aku tak nak fikirankan nya,..langsung taknak,..sebab hal-hal macam nilah yang buat sakit aku makin kuat,..semakin derita....aku tak sanggup...tolong,..jangan bagi aku tekanan,sebab aku tak boleh tertekan...kalo sehari aku tertekan,..aku akan ambil mase selamat seminggu untuk pulih...aku tak sanggup,...aku tak sanggup tanggung sakit ni..memg tak sanggup..Ya Allah,...sakitnya tuhan saje yg tahu,..mak aku ada ajak aku pergi klinik atau hospital dgn dia...tapi aku selalu menolak...aku lebih suka pergi seorang diri,..biar aku seorg je yg tahu,biar aku saje yg menanggung...aku tak sanggup org yg aku syang mengalirkan air mata sbb aku....

andai kata aku mendahuluinya...aku harap tuhan dapat menjaganya...










Wednesday 5 December 2012

dairy impian3 04.12.12

Assalamualaikum sahabat...
hari ni aku nak tulis dairy..tp kesihatan x mgizinkan..InsyaAllah,esok jika masih ade lg untukku..akan ku coretkan sedikit kisah...

sambung nanti ye ! di tmpt yg sme !

letih ! xlarat sgt..kuatkan smngat nak menconteng !



bersammbunnnggg .... ... ... .... 

Monday 3 December 2012

dairy impian3 02.12.12

Assalamualaikum,.
kadang-kadang aku pelik dgn diri aku sendiri..
katalah apa saja..katalah,ape aku kira,..aku tetap aku
aku adalah aku,.aku ada cara aku sendiri,aku ada penyesaian aku sendiri,

kadanag-kadang,.
aku sendiri tak tahu perangai aku sendiri,
tadi, aku tertiba naik angin, oleh sbb ade kereta menyelit sebelah kiri kereta aku...
aku naik angin betul dkat pemandu2 yg tak beradap ni..
pakai himpit sesuka hati,dalah signal tak bagi,pandang pun taknak..
tak hilang der muka kau tu kalo pandang aku yg comey ni,kau pun prmpuan jgak
sombong tu tak boleh bawak ke mati lah.. errrgggghhh !
lg tenang adalah kan...hahhahaa...gile ! aku ape lg...bremmm3 laa...haha..patutlah mak aku kata aku mcm jantan..haha,.tahlah..aku seorg gadis lah ! adoi, please, hormat org...
aku bukan nak memperlekehkan kereta ape dierang guna..tapi cara dan adab yg kurang ajar,kurang senang tuh buat orang menyampah...kau pakai kereta BMW sekali pun,MES ke..ada aku kisah??
adab itu bole ke beli dgn wang ringgit macam kau beli kereta mahal kau tu??
apa-apalahkan....biar papa kedana asalkan adab,pegangan agama ada,insyaAllah anda dijalan yg lurus..insyaAllah...
ok,biarkan dierg tu...biar kena dkat btg hidung sendiri baru tahu...than, ade mamat dlm lori ni..time tu aku nak kuar simpang, n lori yg dierg naik tu lalu lurus depan aku,boleh plak dierg nak num phone..apelah,..aku buat2 tgok kete jek..pastu bile dierg da jalan ke dpn aku ketawa ngn adik aku azrul...apelah mamat tu,adek aku ckap...
aku wat dek je lah...dlm hati tak nak ade sape2 pun,termasuklah kawan baru..aku bukan nak menyombong,keadaan aku tak mengizinkan....aku bukan sihat sgt sekarang,aku lebih banyak masa aku habiskan dgn keluarga...aku nak pergi sambung belajar pun aku batalkan,sedangkan yuran pendaftaran aku da bayar..aku nak abiskan saat2 akhir ni dgn keluarga tercinta...biarlah semua tak tahu,biarlah aku yg ttanggung semuanya sendiri...maafkan along ibu,..bilik along pun along da siap kemas,tinggal sikit2 lg je,..along taknak ibu susah kemas2kan barang along bila along da pergi nanti..bila lah aku share kat sini,yg xde sape kenali aku lebih dekat..hanya kenal gtu2 je...
kepala along sakit lg ni,tp along cuba tahan,along akan tahan selagi mampu...
along sayang semua...slpas ibu,along sayang sgt dekat adik..adek azrul...aku percaya sgt,bila aku pergi nanti die yg paling murung,sbb wktu aku kata nak smbung blaja pun tiap hari die nanges dan pujuk rayu..ni kan pulak pergi selamanya...kisah hidup masing2 tak samakan,walaupun seakan2 sama...kau tak tahu ape aku pertahankan untuk kau,kau tak tahu ape dah jadi pada aku selepas ketiadaan kau..tiap hari aku murung,tiap hari aku sedey,tiap hari mata aku bengkak,tiap hari aku lari ke tandas bile tetibe air mata mengalir bila kat tmpat keje..kau tak pernah tahu....memg kau taknak amek tahu pun kan,..kau balik sini..tapi bukan balik untuk aku,tp untk yg lain...kejar lah cinta dia,..aku menyokong kau dri belakang,..bila aku tahu kau bahagia dgn nya aku trut bahagia,sbb ade yg bole mbahagiakan kau..kerna aku tak mampu,..kau buang aku,kau tinggalkan aku,.
kau pergi  pada dia, kau kejar cinta dia walaupun kau sendiri tak pasti
aku hanya pendamkan dlm hati,hanya mampu membisu,..sesungguhnya, hati aku menangis,..
jauh sekali dalam hati ini untuk kembali pada kau...sangat jauh,kerna cukuplah yg sejarh menjadi sejarah,bukan untuk dicipta tok kali kedua...
yg pasti,tak akn sama mcm sblm ni,,..
:'(











cinta ini

_Kau tak pernah tahu apa yang berlaku di belakangku,
Kau tak pernah tahu sejauh mana perjuangan ku untukmu,
segalanya dah berakhir..._

cinta menyakitkan kan ? 
baru aku tahu, baru aku ngerti... sekarang aku melaluinye sejak brape bulan yg lepas

cinta ini 
bila datang cepat,pantas,suka

cinta ini
bila pergi lambat untk kite menerima realiti,.lame kite mengambil mase,sedih !


aku dah jadi seorang insan benci dengan cinta,kerana aku tak mudah untuk mencintai,tak mudah mengakui aku jatuh cinta !

IBU, benar kata kamu

IBU, benar kata kamu...
kita kena tgok sejauh mana dia perlukan kita..


IBU, benar kata kamu...

jangan berharap pada yg tdk sudi..


IBU, benar kata kamu...

kita sebagai perempuan jgn jadi terlalu murah,.jual mahal itu penting..maruah diri dan keluarga perlu dijaga..


IBU, benar kata kamu..

yg berharta tak pandang hati dan perasaan org lain..kita kan tak sesuai, bagai enggang dan pipit..



IBU, benar kata kamu

kalau benar dia sygkan kita, apa skali cabaran dia akan tempuhi bersama kita,tdk skli melangkah prgi..


IBU, benar kata kamu..

org yg betul2 m'ngangap aku buddynye,dia akan mpercayai aku,tdk sorok ape yg menimpa pda dirinya..





♥ ♥ ♥ IBU,walaupun dia da buang along dlm hidupnya,ttpi along masih simpan dia dlm hati ini, masih along ingat kata2nya..yg dia tak penah tahu,along screen capture chat ngn komen bersamanya msih along simpan,waktu rindu along bce semuanya ! ♥


IBU, along masih doakan kebahgia dia didunia dan di akhirat,walaupun along tahu along bukan alim sgt..


IBU, dia da buang along,tpi kenapa dia masih dtg dlm mimpi along?.owhh..lupa pulak,mimpikan mainan tidu,.mgkin sebab rindu teramat sgt..


IBU, semua gmbar2nya along masih simpan dlm laptop merah ksygan along,walaupun along tahu itu bukan semua gmbrnya..

IBU, along masih ingat janji2nya,tpi dia entah kemana pergi..ibu,kenapa pedih sgt rasa kecewa ini?..
IBU, along nak jdi kuat along tak nak nanges atas sbb cinta belum halal tpi air mata ini gugur jgak !

< :: Dia tak penah tahu waktu ketiadaannya,waktu dia sibuk dengan urusan dunia, Aku sibuk meminta Allah menjaganya,kerana aku mahukan yg terbaik untknya,walaupun die sdah buat aku patah hati,tp dulu dia pnah membuatkan aku syum lebar smpai ke tlinga.. 

♥ terima kasih cinta ♥

Sunday 2 December 2012

izinkan aku

Assalamualaikum..


Sungguh benar ku cintaimu
Meski kau tak anggap ku ada
Ku tak akan memintamu untuk mencintaiku
ku tak berharap kau cintaiku
Ku tak berharap kau balas cintaku
Yang ku harap kau izinkan aku mencintaimu


Cinta ini sudah terlanjur kumiliki dari dirimu
Biarkan cintaku bersamamu
Meski ragaku tak bisa bersamamu

biarlah
asalkan kau izinkan aku mencintaimu..
walaupun kau tak anggap aku tak ada !!!

setiap nafasku

Assalamualaikum ;

hanya dirimu yg aku cinta tak pernah buat aku cinta lg aku merasa kau terbaik untk diriku, walau pun aku tahu kau tak sempurna tak pnah buat aku jauh dri mu,..
apa adanya, aku kan tetap setia padamu
tuhan, jagakan dia
dia kekasihku
yg tetap milik ku
aku sungguh mencintai
sungguh myayangi setulus hatiku...


yg tetap milikku...

selamanya dihati, sekali bertapak sekali terukir di hati selamanya ia terukir,selamanya tak kan penah berubah..
pada aku,..hidup hanya sekali
cinta sampai mati
matlamat hanya satu
takkan ai berubah..
tak akan..
kerana aku telah pilih hatimu,yg tak pernah aku ragui lg.
kau segalanya untuk ku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini smpai nanti raga ku tidak menyawa lagi kan menutup mata ini, untuk yg terakhir

setiap nafas ku
hembuskan nama mu ~
 dalam hidupku hanya padamu sayang
kaulah segalanya untuk ku...
 segalanya

tapi kau sakiti cinta ini jugak,walaupun aku masih menyawa lagi...walaupun nafas ku masih berhembus...setiap nafasku,hembuskan nama mu!



Saturday 1 December 2012

AKU masih disini 01.12.12

Assalamualaikum..

hari ni aku masih disini,aku menunggu mu sampai kau kembali lagi,aku tetap begini,.aku masih disini..yeahhh ! aku menunggumu biar sampai kapan pun,aku menyayangi mu~
sampai kau kembali aku tetap begini...andai dia tahu, andai die mengerti ape yg aku rasa apa yang aku tanggung mesti dia tak biarkan aku macam ni..biarlah ia menjadi simpanan dan kenangan indah aku buat selama-lamanya..

Ya Allah,

Ya Maha Mengetahui segalanya, bukakan lah mata hati pada insan yg telah 'buta'.. 
'BUTA' dengan sifat EGO !

aku bukan seorg yg egois...kerana itu jugak aku tak malu aku kata ape yg perlu...
seronok ke jadi insan yg ego ?
apa kita dapat jadi seorg yg ego ?

entahlah,manusia sekarangkan...kadang-kadang aku cemburu tengok org lain bahagia je ngn pasangan dierg..aku doakan org yg tgah bahagia atau pun tidak tu akan bahagia selamanya,..semoga akan dpt kebahagiana yg hakiki...

Ya Allah,

ini semua ujian kan ?

sesungguhnya Kau mahu hamba Mu meminta-minta...aku harap tangisan aku sesudah kewajiban ke atas Mu akan di terima, akan mandapat syafaatnya...

Ya Allah, 

aku merindui saat dulu...saat aku dan Kau selalu 'berdating'
aku harap sangat aku tak berubah hati..aku harap sgt semoga iman aku kuat untuk Kau..
I Love Allah
Kau segala-galanya...
kau yg memberi aku rasa
rasa suka,sedih,kecewa,riang,rasa kehilangan,rasa dipenuhi,.
aku Rindu !
aku rase semua tuh !

dairy impian 30.11.12

Assalamualaikum...


cepat je kan masa berlalu,..da di penghujung bulan november..aku harap dec akan munculkan satu magic..hahhaa..apelah,mcm budak2..tp aku ni selalu samakan dunia realiti dgn fantasi..entahlah..tp itu yg selalu rasa...

alangkah seronoknya bila kite dpt ape yg kita mahukan..

seronok? mestilah seronok sbb ape yg kita nak semua dpt..tp ada sebab2nya kite mahu xbole tcapai..bukan je sbb xusaha lebih,kekadang sbb Allah nak yg lebih baik dri itu..

kita ni manusia biasa,kadang-kadang orang yg kita cari2 rupanya dah lama kita kenal kan ?
tp aku tidak.. tidak...
aku xnampak,aku tak tahu..bukan itu yg aku kejar2kan bukan dunia yg aku mahukan..Ya Allah, berikanlah sedikit ruang untuk aku rase keselesaan yg hakiki...

cinta?..

dairy aku ni asik heboh pasal cinta aku yg dah lame jauh pergi dan dtinggalkan..biarlah ia pergi,bilalah ia ditinggalkan..aku tak menghalang cinta itu datang,aku jugak tidak menghalang cinta itu pergi andai itu bukan milik aku...aku cuma mahukan hak milik aku,bukan orang lain punya..

korang percaya tak aku cakap ni..yg sekarang kite tgah cple ngn jodoh orang lain...bagai nak rak cple,kononnye dia jodoh kita,kononnya dia akan jadi kekasih kita hingga ke syurga Firdaus,rupa2nya imam orang lain,rupa2nya ketua keluaarga orang lain,rupa2nya bapa kepada anak orang lain...
yeaaahh ! lain org lain cara pemikiran tu kan,pada aku..cinta aku hanya sekali,hanya stu,..biarlah org kata apa sekali pun..sebab itu aku,..sekurang2nya aku tak menipu diri sendiri...aku tahu isi hati aku...selepas ni,aku nekad..nekad ! aku tak akan menerima cinta...
aku tahu,..aku bukan sempurna...memg semua kehidupan didunia ni xsmpurna..tp kesemuanya cantik2..ohhh tuhan ku,aku cinta dia....aku takkan sakiti org yg aku sayangi...aku jugak tak semudahnya untuk jatuh cinta lg.. 
cukup la ni,
cukuplah aku di sakiti
cukuplah untuk di dunia ini

sampai aku menutup mata   -__"-





Friday 30 November 2012

sampai menutup mata ~

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Reff: aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi







Monday 26 November 2012

dairy 25.11.12

Assalamualaikum...

hari aku dpt tahu sesuatu yg amat menyakitkan...die penipu...knapa aiman bole percaya dia..dia tipu su tau tak,die kata je nak jage su..dia sbnrnya dengki dgn kita..kalo btol dia syg su dia tak buat macam tu...

:'( su sedih sgt..sgt sedih...nampaknya doa su tmakmul...yea ! su da tahu ape yg patot su buat skrg..
su masih bkawan..dan untk pengetahuan awk,die kawan biase...die msg su,konon2 nye nak amek hati su..su tggu reply xde..su da agak msti bz layan pmpuan kat fb..pastu su bukak fb dia..dia tgah chat dgn pmpuan lain,bile su try call waktu tu dia off hp,,mcm tu ke aiman percaya untk dia jaga su?!...

Ya Allah ! ujian.....


:'(

Sunday 25 November 2012

dairy 24.11.2012

Assalamualaikum...
aku sedih dan sangat sedih bila kenangkan ape yang tak benar orang kata ye dan benar,.kenapa harus fitnah aku?..sedangkan aku tak ganggu hidup dia...
aku taip di sini bukan nak jaja kisah peribadi aku,jauh skali..cuma bila aku da luah kan sedikit nih, aku lega sdkit...
ok,aku mulakan crta yg tah ape2 da wujud dlm hidup aku...
aku pnah kenal dgn seorg lelaki..
ye
seorang lelaki,yg sampai sekarang aku tunggu dia..dia tinggalkan aku tanpa sebab yang munasabah,yg sebenar..kadang2 aku pelik,ape aku da buat smpai dia buat tindakan mcm tu..mungkin aku bukan yg tbaik untknya..slpas dia hadir dan pergi...aku sememangnya sudah bkwan dgn R biar aku rahsiakn nama dia..R kawan biasa,kwan mcm org lain..mmg biasa sgt..tak ade lgsung yg istimewa..
hari demi hari, aku nanti kan A..smpai skrg tak muncul..smpai skrg aku tak tahu dia kat mana...sejujurnya aku sgt rindu pada dia..bila bsama dgn dia,aku rasa bahagia walaupun dia jauh dari pandangan mata aku,tp die cukup istemewa dlm pandangan mata aku..

yang aku cukup sakit hati,aku dpt tahu R ada text A,..dia ade kata yg dia mcintai aku,kalo A dpt miliki aku dlu dia minta A mjaga aku dgn baik...aku pelik ! dan sgt pelik..kenapa aku jadi mangsa keadaan..aku anggap R kawan..hanya kawan biasa..malah aku difitnah ! A pulak percayakan R,..  A die pergi entah kemana,yg pasti .. sejak dri itu aku xpnah tahu jalan hidup dia..aku tak pnah tahu saat-saat hari dia...A tak tahu,kau sgt sygkan dia..ye, memg benar..jgn terlalu sayang nanti merana,aku hanya nantikan kehadiran dia suatu hari nanti dgn ucapan maaf sbb tinggalkan aku tanpa menyiasat latar belakang dan perkara yg berlaku sebenar...

R pulak macam tak faham2..selepas A tinggalkan aku..die mula rapat dgn aku..aku tak tahu sbb ape..setelah A bagi tahu aku mengenai msg yg R send tu,aku tya R..dan R mengaku memg diayg hantar msg tu..aku tanya dia..kenapa buat aku mcm tu??..dia kae sbb dia cintakan aku..n aku tanya dia balik,untuk ape cintakan aku mcm ni cara kau buat kat aku?..kau senang hati bila aku kecewa?..R kata bukan maksud dia nak kecewakan aku...tp sbb nak miliki aku..

Ya Allah...aku sangat sedih ape yg telah berlaku,apakah ujian yg aku trma ni? 
A terus-terusan mempercayai R.. R pandai buat cerita...aku smpai sekarang tak terima R..aku tak cintakan R aku cuma cintakan A !

entah kenapa, dlm mimpi ni hanya A yg muncul..R xpnah skli ade..

Copyright© All Rights Reserved impian3@blogspot.com