Assalamualaikum..
Setelah sekian lama aku myepi. Kini aku mula balik apa yg telah lama aku tinggalkan. Dulu aku menulis utk meluahkan apa dihati. Cuma niat utk diri sendiri.
Kali ni aku singgah kembali untk share apa yg tersirat dihati.
Serba sedikit aku ceritakan tentang diri aku, aku seorg anak sulung yg dari kecik aku terpisah dgn keluarga kandung. Sekitar usia aku 3tahun, nenek sebelah ibu aku mgambil aku utk dijaga dan diasuh. Aku amat mghrgai perngorbanan beliau. Sejak dari itu, aku tinggal dgn nenek dan datuk tiri. Tapi hubungan kami tak berapa baik. Agak renggang.. istilah ‘tiri’ semestinya tidak dpt disamakan dgn kluarga kandung.
Persekolahan aku dari tadika hingga ke tingkatan 6, mereka yg menanggung. Ibu bapa aku? Aku dtg dri kluarga yg miskin, bukan sederhana. Sbb tulah aku tercampak ke sini. (Port dickson).
Kadang2 aku rasa menyesal jgak sbb tak belajar smsa frm6 tu btol2, aku apply apa2 aku guna spm. Aku ada cuba2 nasib utk smbg blja slps frm6 tu. yes ! Aku dapat uitm. Lps spm tu aku dpt dkt lendu, dan lps stpm aku dpt dkt shah alam. Tp kan. Susahlah nak ckp. Aku xmmpu. Xmampu nak biayai smu tu. mmg dpt pinjaman, tp mula2 nak msuk tu guna duitkan. Aku xde duit yg ckup. Aku kuburkan impian aku tu bgitu saja.
Sejak dari tu aku lupakan hasrat nak smbg bljar, hingga skrg. Skrg aku dah 29tahun(2019).
Sebenarnya, tergerak hati nak mnulis balik sbb aku sedang rasa kecewa,
Rasa hancur hati ini. Benda yg paling aku taknak terjadi. Mgkin salah aku sbb terlalu mudah percaya, bkn aku xpcaya pada takdir. Ttpi aku dah cukup berhati2. Mgkin Allah mahu mguji aku.
Sumpah ! Aku serik sgt mengenal org. Tahlahh. Nnti aku smbg. Xsggup aku nak taip lg, dah kuyup dah bantal aku ni...
Assalamualaikum
PUTRI_impian3
Tuesday, 26 March 2019
Monday, 25 February 2013
kadang
"...kadang kita lepaskan orang yg kita sayang bukan sebab kita dah jemu, tapi sebab kita nak yang terbaik untuk dia dan diri kita sendiri, sebab kita sedar, kalau memg dah tertulis dia jodoh kita, tak kan ke mana walau terpisah beribu batu sekali pun..."
Friday, 22 February 2013
dairy gambo feb
Assalamualaikum all..hari ni nak update pic2 bru la..nak tgok tak ?
ok2 aku bg korg tgok..hehe.. :)
ok2 aku bg korg tgok..hehe.. :)
ni brpe hri yg lepas..hri isnin rasenya..ahakk2..mse ni jerawat xtmbuh lg..see bawah !
tgok ! jerawat..skit wooo ! sampai muncung2 dah...
ni aku ngn si bungsu, dekat cool blog..wahhh...kuyu je matanya..letih kot..haha
bru je balik keje,si kecik ni mintak bwak die belikan recorder..katenya nak blaja muzik..ahakkk !
yg ni pgi td... 21.02.13
ni pun td..hahaa
muka bulat je smua..
muka bulat je smua..
ni jelah keje bila org xde..hahahaaa
pucat ckitkan...tak ckup rehat lah kite
ni je buat mse ni..ade lg aku upload k !
babai ~
Thursday, 14 February 2013
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
Satu artikel dari portal rasmi Fatwa
Malaysia mengenai hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih iaitu
Valentine’s Day yang kami nak kongsikan bersama pembaca yang beragama
Islam.
Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh
penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine
iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan
masing-masing.
Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros
merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu
cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di
disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan
disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri
sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan
mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan
mereka berbuat demikian.
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara
ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana
suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa
mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
” Hari Kekasih” yang
dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta
merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya
senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam.
Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh
menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat
Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan
menginsafkan mereka.
Keputusan Fatwa :
kertas kerja berkaitan dengan hukum umat
Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan
dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
HUJAH :
- Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
- Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
- Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
Sumber : Fatwa Malaysia
Wednesday, 13 February 2013
Awas! Taktik Terbaru Pencuri Kereta
Awas! Taktik Terbaru Pencuri Kereta. Sedarlah semua! Tolong sebarkan.
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk
kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita
dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang
pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar
untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang
penglihatan kita tadi.
(gambar hiasan )
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri
itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan
memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka
melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta.
Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit
kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah
diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
MEMBACA POST INI!
Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama
wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg
tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Sekaran ni mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat!
Tolong SHARE kepada rakan-rakan anda!!!
Sunday, 27 January 2013
cara tradisional hilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah !
Assalamualaikum,..
hi !
okey hari ni su nak share cara dan bahan utk menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah korang !..
wokey .. korang kena ade bhan2 tersebut :
hi !
okey hari ni su nak share cara dan bahan utk menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah korang !..
wokey .. korang kena ade bhan2 tersebut :
1. air
2. kayu manis
3. lesung batu
sapu kat wajah,dan ia akan jdi macam ni..tggu smpai kering...kalo kita ade masa lambatkan mase cuci pun xpe..sbb ia jugak bole tegangkan kulit wajah..tak caye ?
korang try sndri dan rase perubahannya tak smpai smggu..buatlah kalo nak kulit mcm sy !
semua bahan2 ni dah ada ???
follow step dlm vdeo ni
kemudian sapu dkt wajah
Friday, 25 January 2013
20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?â€, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Subscribe to:
Posts (Atom)