WelCoME !

hi... love ! aku masih disini

Wednesday, 7 March 2012

Cinta Yang Indah Lahir Rohani

Mental sihat secara tidak langsung akan melahirkan jiwa yg sihat dan badan yg sihat jua. Namun apa pun cara dan teknik untuk memilikinya, kita  mesti sentiasa memanjatkan doa kepada Allah swt agar kehidupan diri kita sentiasa dirahmati dan diberkahi. Dan yang paling penting jangan luahkan atau berkongsi masalah dengan orang yang salah nanti kalut pulak jadinyer.. Jom cari Cinta Yang Indah lahir Rohani..



1: Luahkan / kongsi masalah dengan orang lain.
Jangan memendam semuanya sendirian. Anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Cara ini membantu kita meredakan rasa stress, marah atau sedih dari terus terpendam di dalam hati. Kadangkala dengan cara ini, perasaan syakwasangka dan buruk sangka terhadap sesuatu masalah dapat diselesaikan.
2: Luaskan pergaulan.
Anda boleh mengambil langkah bertemu semula dengan kawan-kawan lama. Disamping itu, cuba-cuba libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab. Fikiran anda akan lebih terbuka disamping pelbagai pengalaman baru dapat dirasai. Namun, anda harus bersedia menghormati dan bersabar dengan pandangan mereka.
3: Jaga kesihatan diri.
Bersenam lah selalu. Selain itu makan lah makanan yang seimbang dan minum air yang banyak. Pastikan juga anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Badan yang sihat menjana minda yang cerdas.
4: Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar. Dengan mengeratkan ikatan kekeluargaan, anda pasti akan sentiasa ceria/gembira, kerana keluarga merupakan kelompok manusia yang pasti akan berada di samping anda di saat senang mahupun senang. You’ll never be alone.
5: Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya.
Selain itu, anda juga boleh berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan. Membaca juga dapat meluaskan pengetahuan serta membuka minda kita terhadap pelbagai perkara.
6: Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa.
Cara lain untuk meluaskan pengetahuan dan pemikiran anda selain melalui pembacaan. Pelbagai input baru serta pengetahuan dapat dipelajari dan dikongsi bersama.
7: Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek.
Belajar menerima kelebihan diri, kekurangan diri serta apa yang anda tidak boleh tubah. Cara ini membantu menguatkan fizikal, daya ingatan serta daya tumpuan. Setiap daripada anda mempunyai kelebihan masing2.
8: Belajar menerima kritikan dengan baik.
Tidak semua kritikan itu berunsur positif. Yang penting, anda harus cuba bertenang dan relax apabila menerimanya. Anda mempunyai pilihan samada mahu berubah terhadap kritikan itu atau tidak. Jika ianya positif dan baik untuk diri anda, cuba belajar menerima kesilapan, memohon maaf serta mengambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut. Jika tidak, cuba terangkan kembali situasi sebenar dengan tegas tanpa menyinggung perasaan mana2 pihak.
9: Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
Sentiasa pasrah, jujur tanpa prasangka dan berhati mulia. Mengamalkan ajaran agama dengan baik juga sangat membantu dari sudut kesihatan rohani.
10: Belajar menjadi & menyukai diri sendiri
Sayangi dan selesa dengan diri anda. Tanamkan fikiran bahawa anda tidak perlu disukai oleh semua orang untuk menjadi seorang yang baik. Jika anda tidak disukai seseorang, jangan terlalu bersedih atau menganggap diri anda gagal. Anda juga tidak perlu berbuat sesuatu yang anda tidak suka hanya kerana untuk membuat orang menyukai anda. But it’s important to be nice and berbuat perkara baik setiap hari sebagai “hadiah” untuk diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved impian3@blogspot.com