WelCoME !

hi... love ! aku masih disini

Tuesday, 14 August 2012

10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu Hubungan Percintaan Anda


Dalam sesebuah perhubungan, mustahil sekali jika perhubungan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Wujudnya kasih sayang yang kuat antara dua insan menjadikan perkara-perkara kecil boleh membawa kepada masalah yang besar.
Sedang asyik dilamun cinta, kita tidak sedar perbuatan, perlakuan mahupun percakapan kita mengguris hati pasangan. Sikapnya yang kekadang kuat merajuk membuat kita buntu akan punca si dia bersikap begitu. Mari kita ketahui apakah sikap anda yang boleh membuatkan si dia berasa kecil hati tanpa disedari.
Jom kita ketahui apakah 10 Kesilapan yang boleh menganggu hubungan Percintaan anda.
  • Anda bercerita mengenai masa lalu anda pada dia tanpa dia bertanya pada anda. Pasangan anda bukannya tempat untuk anda luahkan perasaan. Sebaliknya, anda perlu fokus untuk membahagiakan dia apabila berjumpa
  • Anda memandang dan bercerita mengenai wanita lain apabila anda bersama dengan dia
  • Anda terlalu memuji dia sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji dia
  • Anda terlalu awal memberi dia hadiah yang mahal. Perbuatan ini seolah – olah menunjukkan anda merayu – rayu untuk dapatkan perhatian dari dia
  • Anda memegang dan meraba–raba pasangan anda. Sebagai orang islam, perbuatan memegang dan menyentuh manusia yang bukan mahram adalah haram. Dia juga pasti tidak selesa untuk bersama dengan anda kerana sikap melampau anda itu
  • Anda terlalu serius ketika bersama dengan dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga membawa pergaduhan
  • Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu anda akan beritahu dia apa yang anda rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda
  • Anda sentiasa mendesak dia untuk selalu bertemu. Seperti anda yang memerlukan ruang dalam hidup anda, dia juga perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi dia. Jangan terlalu mendesak dan jalani hubungan percintaan dengan sabar
  • Anda sentiasa berbincang mengenai masa hadapan hubungan anda berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang anda lakukan. Jangan berjanji sesuatu yang anda tidak yakin untuk tunaikannya
  • Mengajak dia melakukan perkara yang tidak senonoh seperti hubungan seks dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved impian3@blogspot.com