Astral Projection- Out of body experience
Tahukah Anda bahawa roh akan keluar dari badan kita semasa tidur ?. Roh kita akan keluar dari badan untuk menunaikan atau memenuhi sesuatu kehendak kita . Apabila kita tidur dengan lena roh kita akan keluar dari badan dan mencari penyelasaian untuk masalah kita atau mencari sesuatu yang kita inginkan. Proses inilah yang digelar ” Astral projection ” atau ” Out of body experience “ .
Kebanyakan dari kita pasti ada pengalaman sebegini ; Semasa tidur kita bermimpi atau terasa seperti jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh dari katil , lalu bangun dari tidur. Situasi ini sering berlaku apabila badan kita mula sedar sebelum roh kita kembali , apabila roh kita masuk kedalam badan semasa badan kita mula sedar kita akan mengalami mimpi atau pengalaman sebegini.
Apabila kita bertemu dengan seseorang atau apabila kita kunjungi sesuatu tempat , kita terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut atau pernah kita kunjungi tempat tersebut. Kadang-kadang apabila kita lakukan sesuatu , kita terasa seperti kita pernah melakukan benda yang sama sebelum ini. Bila kita bertemu dengan mereka ? Bila kita kunjungi tempat tersebut ? Bila kita lakukan perkara tersebut ? . Kita lakukan , kita kunjunggi dan kita bertemu dengan mereka semasa kita keluar dari badan .
Pernahkah anda terasa sangat susah untuk kejutkan seseorang yang sedang tidur ?.
Ini kerana roh orang tersebut berada ditempat yang sangat jauh.
Pernahkah anda terasa sangat penat selepas bangun ?.
Ini kerana anda telah melakukan banyak perkara semasa keluar dari badan.Kadang-kandang kita boleh terpandang rupa atau bayang-bayang seseorang yang berada ditempat yang jauh . Kadang-kadang kita boleh dengan suara seseorang yang berada ditempat yang jauh. Kadang-kadang kita akan terlihat rupa orang , rupa kanak-kanak atau dengar suara pada waktu malam atau awal pagi , rupa-rupa tersebut biasanya akan dikaitkan dengan makluk halus tetapi itu adalah aktiviti roh yang telah keluar dari badannya.
Biasanya kita akan dengar suara dan lihat bayangan orang yang sangat menyangi kita. Oleh kerana mereka terlalu sayangi kita , roh mereka akan keluar dari badan semasa mereka tidur dan akan mengunjungi kita. Kita juaga akan keluar dari badan ini dan mengunjungi orang-orang yang sangat kita sayangi.
Biasanya Roh kita akan keluar dari badan untuk mencapai beberapa perkara iaitu :
- Untuk berjumpa dengan roh atau orang lain
- Untuk berjumpa dengan orang yang kita sayangi
- Untuk mencari pertolongan atau jawapan
- Untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang sedang kita hadapi
- Untuk mencari jalan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
- Menuju ketempat yang telah kita lalui pada hari tersebut
- Menuju ketempat yang akan kita lalui pada hari berikutnya
- Untuk menyelesaikan sesuatu yang kita rusingkan
- Untuk kunjungi alam roh
- Untuk berjumpa dengan Guru atau Wali
Biasanya apa yang di lihat oleh roh kita akan dianggap mimpi oleh diri kita. Sesuatu yang dilihat oleh roh kita tidak semestinya sama dengan alam nyata ini. Alam gaib sangat berbeza dengan dunia ini. Roh kita mungkin akan melihat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal kita . Lebih kurang 5 % daripada mimpi kita ialah peristiwa benar yang sedang dilihat oleh roh kita , sama ada dialam roh atau ditempat-tempat lain .
Kadang-kadang ada juga orang yang akan melihat diri mereka yang sedang tidur . Ini berlaku apabila roh mereka yang telah keluar dari badan , sedang memperhatikan badannya sendiri.
* Bagaimana astral projection dapat digunakan oleh kita untuk kejayaan dan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini ?. Kita lihat dalam posting yang akan datang.
No comments:
Post a Comment