Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan
sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa
pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada
kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang
disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya
dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham
antara satu sama lain.
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk
menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima
dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai
lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda
atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin
tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya
dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai
itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya
dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa
pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah
yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada
anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih
baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang
lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang
sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan
lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk
pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah,
bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia
mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam
kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek
kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami,
kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama
ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa,
maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada
agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang
dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga
yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan
suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun
suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda
kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang
mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa,
banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak
menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah
walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab
suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi
apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan
sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan
nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan
menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda
pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda
mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak
seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan
seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia
dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda
berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai
kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih
berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya
apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik
dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda
memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda
sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk
memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan
perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi
penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah
menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing
suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik
apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa
yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal
remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih
baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan
minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan
ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan
wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa
sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan
sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda
berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan
menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan
penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda
dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa
gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan
kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang
memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya
amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda
adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk
diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba
mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal
yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat
adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan
betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda
No comments:
Post a Comment