Monday, 25 February 2013
kadang
"...kadang kita lepaskan orang yg kita sayang bukan sebab kita dah jemu, tapi sebab kita nak yang terbaik untuk dia dan diri kita sendiri, sebab kita sedar, kalau memg dah tertulis dia jodoh kita, tak kan ke mana walau terpisah beribu batu sekali pun..."
Friday, 22 February 2013
dairy gambo feb
Assalamualaikum all..hari ni nak update pic2 bru la..nak tgok tak ?
ok2 aku bg korg tgok..hehe.. :)
ok2 aku bg korg tgok..hehe.. :)
ni brpe hri yg lepas..hri isnin rasenya..ahakk2..mse ni jerawat xtmbuh lg..see bawah !
tgok ! jerawat..skit wooo ! sampai muncung2 dah...
ni aku ngn si bungsu, dekat cool blog..wahhh...kuyu je matanya..letih kot..haha
bru je balik keje,si kecik ni mintak bwak die belikan recorder..katenya nak blaja muzik..ahakkk !
yg ni pgi td... 21.02.13
ni pun td..hahaa
muka bulat je smua..
muka bulat je smua..
ni jelah keje bila org xde..hahahaaa
pucat ckitkan...tak ckup rehat lah kite
ni je buat mse ni..ade lg aku upload k !
babai ~
Thursday, 14 February 2013
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
Satu artikel dari portal rasmi Fatwa
Malaysia mengenai hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih iaitu
Valentine’s Day yang kami nak kongsikan bersama pembaca yang beragama
Islam.
Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh
penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine
iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan
masing-masing.
Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros
merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu
cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di
disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan
disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri
sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan
mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan
mereka berbuat demikian.
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara
ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana
suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa
mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
” Hari Kekasih” yang
dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta
merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya
senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam.
Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh
menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat
Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan
menginsafkan mereka.
Keputusan Fatwa :
kertas kerja berkaitan dengan hukum umat
Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan
dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
HUJAH :
- Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
- Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
- Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
Sumber : Fatwa Malaysia
Wednesday, 13 February 2013
Awas! Taktik Terbaru Pencuri Kereta
Awas! Taktik Terbaru Pencuri Kereta. Sedarlah semua! Tolong sebarkan.
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk
kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita
dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang
pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar
untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang
penglihatan kita tadi.
(gambar hiasan )
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri
itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan
memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka
melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta.
Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit
kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah
diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
MEMBACA POST INI!
Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama
wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg
tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Sekaran ni mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat!
Tolong SHARE kepada rakan-rakan anda!!!
Sunday, 27 January 2013
cara tradisional hilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah !
Assalamualaikum,..
hi !
okey hari ni su nak share cara dan bahan utk menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah korang !..
wokey .. korang kena ade bhan2 tersebut :
hi !
okey hari ni su nak share cara dan bahan utk menghilangkan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah korang !..
wokey .. korang kena ade bhan2 tersebut :
1. air
2. kayu manis
3. lesung batu
sapu kat wajah,dan ia akan jdi macam ni..tggu smpai kering...kalo kita ade masa lambatkan mase cuci pun xpe..sbb ia jugak bole tegangkan kulit wajah..tak caye ?
korang try sndri dan rase perubahannya tak smpai smggu..buatlah kalo nak kulit mcm sy !
semua bahan2 ni dah ada ???
follow step dlm vdeo ni
kemudian sapu dkt wajah
Friday, 25 January 2013
20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, â€Å“You masih sayang I?â€, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Cerita nie boleh dijadikan panduan untuk orang Lelaki
Cerita nie boleh dijadikan panduan untuk orang Lelaki…
Untuk menjadi LELAKI SEJATI…
so korang layan lah k :)
Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….
~p/s~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu..
pic2 thun bru jan 2013 !
Assalamualaikum !
pic2 thun bru 2013 !
xde keje kan?.. Alhamdulillah..semakin hari semakin tabah dengan cabaran hidup..da tahun 2013 kan? macam tak pcaya je...ade stu hari tu..aku boleh teringat umur aku bru 20thun ! tahun MasyaAllah ! da tua pun...hahahaa..prasan je lebih !
..........................................................................................................................................
sambil2 sapedek gua online sbentar yaaa..hahahahaa !
..........................................................................................................................................
ni pic masa kat luar...mengidam kambeng plak...hahaha !
..........................................................................................................................................
tpaksa crop ckit,..tak mnutup aurat..kuikuiii
................................................................................................................................................
ni xde keje...sbnarnya keje blambak..hakhakkk !
.........................................................................................................................................
tengok mknan penuh dlm mulut..tp smpat pandang cmre !
gambar yg ini ade mmber fb tgur.."kenapa nampak pucat ?" gmbr ni genap seminggu demam...cuace kot..aku ni antibody tak kuat..hakhakk..ckit2 demam...bru nak jdi sakura buah hati sasuke..kuikuii
gambar yg ini ade mmber fb tgur.."kenapa nampak pucat ?" gmbr ni genap seminggu demam...cuace kot..aku ni antibody tak kuat..hakhakk..ckit2 demam...bru nak jdi sakura buah hati sasuke..kuikuii
..............................................................................................................................................
today 27.01...pling tbaru antara di atas.. ^__^
Friday, 18 January 2013
Yang Mana patut Dimalukan ?
MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??
◆ Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?
◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?
◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?
◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?
◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?
◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?
P/S: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
InsyaAllah..♥

dinner impian3 dgn adik2 15.01.2013
Assalamualaikum semua..
Allahamdulillah masih sihat wafiat...ni nak cter pasal pergi makan malam..haha
ok ! dua hari lpas dnner dkat pak hailam tu...sbb aku ada kupon RM10 hehee...date tu last 15.01.13 lak..aku pun rasa syg lak tak pergi..sbb aku memg suke mkn kat sne..suasana tenag..cewaaahhh..hehe
ok... ni pic kiterg...xbyak tp cukup lah kot...

ni c kecik ni Azrul nme dia..kat kat blkg tu Azreen...
yg ni si comel lg sopan ni aku..hahahah...puji diri sndiri..
sape lg kalo bukan kita sndirikan?..bersyukur dgn ape yg ade..
Alahamdulillah..
sape lg kalo bukan kita sndirikan?..bersyukur dgn ape yg ade..
Alahamdulillah..
hah ! tengok org diet punya makanan .. :P
ok !
babai ^__^
babai ^__^
Monday, 14 January 2013
dairy impian 13.01.2013
Assalamualaikum,..
apo kaboo ! hahah...
aku rindu nak share mcm2 crita tentang aku,tapi masa penghalang segala2nya...aku sekarang tgah menyebuk2kan diri ni,..menyebok2 ape ? menyebokkan diri.. sbb ? sbb nak lupakan kisah dlu..kalo aku xbz automtk aku pikir dan teringat2 kisah dlu,..ape pun xboleh jadi..hahah..tah ape2 kan ? what ever ! tp itulah aku,aku tak suke menipu diri sendiri sbb nanti dri yg menanggung,..
ok, hari ni..aku nak share kehidupan aku selepas kemusnahan sebuah perhubungan...sudah tiba waktunya aku luah sedikit demi sedikit . . . sbb semuanya sudah hampir setahun !
kalau korang nak tahu,..apa saje msg aku n dia aku simpan dri mula perkenalan..dia tak selalu ada untuk aku,..msg2 tu mjdi pengubat rindu aku..bila rindu aku baca..korg nak tahu tak..setiap kali bace msg tu aku mula dri first kiterang msg... a k u memg tak same dgn sesiapa yg aku kenal mahu pun ahli klurga aku sndiri...sbb aku punya cara dan solve aku sendiri..
aku rindu sangat dkt dia,tapi aku jugak faham aku bukan yg terbaik untuknya,aku bukan sapa2 untuk memaksa dia terus menerus mencintai aku,.kalau aku tahu begini sakitnya kecewa bercinta tak pernah sekali ingin aku mcuba...
biarlah dia mencari tulang rusuknya yg hilang . . .sudah aku menduga kau akan berubah,cuba tunggu masa untuk kau meluahkan..tp hari tu kau pinta aku lupakan diri kau...tak apalah,aku tak kisah !memang itu keputusan kau dah memg itu nasib aku..kesal memg kesal, hati pun tcalar..siapalah kan yg inginkan perpisahan..terluka memg terluka, sakit memg sakit...xpelah, aku tetap tabah !
moga kau berbahagia dismping kau yg puja,yg kau sanjung,yg kau gila2kan...
kata kau aku cepat melatah ? aku bukan melatah semudah itu,aku cuma pikirkan scara rasional...untuk ape lagi aku pujuk rayu bila kau nak luahkan hasrat membuang aku dlm hidup kau..untuk ape ?! :(
sbb kita tak pernah berbalahkan?..xpernah bertengkarkan...tp stu kau perlu tahu.. aku kecik hati kau slalu hilang,..aku merajuk,tp sbb rindu,sbb syg aku tinggalkan rasa tu semua...aku tak mintak kau layan aku setiap masa,..tp cukup bg aku bila kau text aku " Assalamualaikum syg " , " Hi syg,rindulh" sehari suntuk aku senyum ketelinga....
dan apa yg kau mahu dri aku sbnrnya? ape ? dah lama aku kata aku cinta kau sepenuh hati aku,.. apabila aku sedari kau yg special,kau yg teristimewa dlm hidup aku....maafkan diri ini jika takdir ku menjemput diri aku dahulu...mula kita kenal,kita tak tahu sape antara kitakan..cinta terbit atas 'permintaan' bantuan kau dulukan,nak menyelamatkan diri dri trus dganggi perempuan gile..tak sangka cinta dtg ! dtg dan terus dtg, msih tak pergi2..wahai cinta,..pergi lah jauh..pergi dri aku,..aku tak nak ingat lg..smpaikan aku minta untk hilang ingatan ! aku xnak ingat lg tak nak !...kenapa rindu ni terus menganggu ? kenapa ?
hati aku mudah tersentuh,.tapi aku payah untuk mgaku aku jatuh cinta..
tak ape,..rela aku korbankan cinta supaya kau capai bahagia..hanya untuk kau..antara kita tersimpan naluri yg berbeza..
kita sama minat muzik kan ? hehe tp bila kau pergi.. aku tinggalkan semua hobi yg sama antara kita...aku tinggalkan drum,aku tinggalkan gitar,piano dan semua...sbb bila aku sentuh alat2 tu semua aku rasa sayu,aku sedih,mata pun bkaca,terus aku tinggalkan..terus ! aku masih disini syg ! aku msih disini aku menunggu mu sampai kau kembali bukan untuk seperti dulu,tp untuk dengar luahkan MAAF di bibir kau tu...aku jugak ade prinsip,bahawa sejarah yg dlu tak boleh de kembalikan,..sejarah tak mungkin berulang ! tak akan...jika bersatu kembali pun tak sehangat yg dulu...sepanjang hidup bsama kau seiring waktu aku bersyukur kesetiaan aku pada kau tak pnah berubah hingga sekarang.. semuanya hampir sthun bpisah..
saat hilang cintamu,
semalaman terkenangkan dirimu,mengalir air mata ku..mengapa kau sggup meninggalkan aku ? sedangkan kau tahu perasaan ini *__'*
kau berjanji,akulah kekasihmu..kata perpisahan yg kau pinta..biarkanlah..biarkanlahhh !
aku hidup sendirian..tak ingin aku mengenangkan kisah lama,..tetapi . . . . ia dtg jugak !
biarkanlahh..biarkanlah aku hidup sendirian kerana hati ini telah dilukai..biarlah aku simpan hati ni...izin kan simpan rasa rindu ku pd kau...hari2 ku, angin bawa cinta yg aku buang ni,..tp angin tu bawak blik pada aku..
arghhh...
cukup la ni...da lewat sgt ni..aku tak tido2 dekat 3hari..bz sgt kan aku ni..kadang2 pasal kesihatan lgsung aku tak amek kira...da dua minggu aku tak mkn nasik,mee,roti,biskut bagai tu..aku isi perot dgn susu je...energy memg da kurang tp aku lgsug tak ade nafsu nak mkn..ingatn ni buatkan aku lg tambah sedih...serius aku ckap oktober,november,dec dan january ni wajah aku teak berseri..pucat,..mcm xde drh dekat muka...bibir lg la,..mcm kapor..tiap hari aku goreskan lipsblm kekdg gincu hekhekk bagi bkala sdikit...aku kuatkan semangat,..aku kan diri...skrg pun da setengah bulan satu kan..tp bru stu ni dairy...sesungguhnya,ku tak kuat..tak kuat dgn kecewa ni..aku tak buang dia,..smpai dia buang aku dan gmbar aku dia gantikan dgn gmbar lain...dlm hati,mungkin yg aku duga sudah ade permulaannya...selamat datang hari2 kemusnahan hati !
dia tu dah pergi..dah lama jauh...tp knpe msih aku bgini..dia sudah pun bahagia kenapa msih menyiksa hati.. "SITI NUR SUHAIDA ! cuba belajar terima org lain ..." "tapi aku tak mampu,..bila ngn org lain pun dlm kepala ni ingat kat dia "mungkin ade rahmatnya,kita tak bersama.. kuat mana pun di ikat pasti akan terlucut ! andai disambung lg tidak sekuat dahulu...tidak sekukuh yg dulu...tp rindu ini sering menganggu..pada zahirnya tidak terlihat...tdk dgn mata kasar..
Assalamualaikum,... xbole lama2 cerita...mata da bengkak..gudnite

Sunday, 6 January 2013
wanita kerana
• LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA.. ツ
• CEKAL wanita kerana BERANINYA.. ツ
• PATUH wanita kerana KESETIAANNYA.. ツ
• SABAR wanita kerana IMANNYA.. ツ
• KASIH wanita kerana BELAIANNYA.. ツ
• LEMAH wanita kerana AIRMATANYA.. ツ
• IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA.. ツ
• PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA.. ツ
• SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA.. ツ
Thursday, 3 January 2013
Kenapa Haram Bersanding ?
Tahniah pada mereka yang akan melansungkan Perkahwinan, Baarakallahulakuma, wajamaa Bainakuma fi Khair. Namun kenapa masih Ramai lagi yang ingin menjalankan Upacara Persandingan? Padahal ianya suatu kesalahan dalam Islam. Jika dilihat segala adat-adat Kebiasaan yang dijalankan amat menyalahi pada kehendak Syara’ (Islam). Telahpun jelas disebut dalam al-Quran & Hadis. Haram Bersanding kerana terdapatnya Unsur-Unsur, Upacara-Upacara berikut :
• Menabur Beras Kunyit, Membaca Jampi Mentera, Renjis-merenjis, (perbuatan berikut kononnya dapat memberi semangat kpd pengantin, terhindar dari nasib buruk dan dapat menghalau dari diganggu segala jenis gangguan).
Amalan ini dilihat telah menyerupai Budaya masyarakat Hindu dan Mempercayai perkara2 khurafat, tahayul. Padahal Islam amat melarang menyamakan apa-apa Amalan, Perbuatan dengan Agama yang lain dan Mempercayai perkara2 Berikut.
= Sabda Nabi saw: Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari Golongan mereka. (Hr Abu Dawud, Hadis sahih menurut ibnu Hibban)
= Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang mendatangi ahli Tilik (Dukun, Bomoh) walau sekalipun tidak membenarkan tilikan tersebut maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. (Hr Muslim)
= Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mendatangi Dukun dan Bomoh, malah membenarkan apa yang disebutkan oleh Dukun atau Bomoh tersebut. Maka sesungguhnya ia telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda saw. (dinilai sahih oleh al-Albani)
• Berhias berlebihan, Tujuan untuk dipamerkan (tabarruj), menunjuk-nunjuk.
= Firman Allah swt: Janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. (Al-Ahzaab 33)
• Merubah kejadian Allah, Merubah kecantikan sebenar seperti membuang bulu Kening, mengikir Gigi dan berbagai cara lagi yang seumpamanya.
= Sabda Nabi saw: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening) dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah. (Hr Bukhari)
• Mendedahkan Aurat.
= Firman Allah swt: Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)
• Membazir Harta, Kos dalam menyediakan kelengkapan untuk Persandingan, Terlalu bermewah-mewah, Boros.
= Firman Allah swt: Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Israa' 26)
• Seterusnya terdapat adegan-adegan yang sebenarnya tak perlu untuk dizahirkan dikhalayak Ramai seperti bergambar dengan pelbagai aksi yang digayakan, aksi yang menimbulkan fitnah dan sebagainya, terdapatnya Percampuran, pergaulan Bebas dan berbagai lagi aktiviti-aktiviti yang melalaikan.
• Justeru itu, marilah sama2 kita merubah tiap cara Hidup kita kpd cara yg telah diajar al-Quran & as-Sunnah. Tinggalkanlah adat2 yang telah menyalahi kehendak Islam. Tak dinafikan agak sukar meninggalkan adat2 tersebut, namun ianya perlu juga diusahakan untuk meninggalkannya. Keredhaan & Keberkatan dari Allah itu perlu kita cari, bukan perkara yang dimurka Allah perlu kita dibuat.
• Memadai dengan cara yang telah diajar Islam. Selamat, Senang dan Sempurna segala-galanya. tak perlu menyusahkan Diri, Menunjuk-nunjuk, Membazir.
" Semua Nikmat adalah dariNya,
sama2 kita Bersyukur atas pemberianNya dgn taat, patuh pada
KetetapanNya. Bukan tak ambik endah akan KetetapanNya "
sesuatu !
Assalamualaikum..hi !
korang nak tahu tak? aku ade cek stats audience... sape dri US / russia? sllu dri us / russia ade bce post2 aku update..
ni email aku..ape2 korang bole email ok !
putri_impian3@yahoo.com
korang nak tahu tak? aku ade cek stats audience... sape dri US / russia? sllu dri us / russia ade bce post2 aku update..
ni email aku..ape2 korang bole email ok !
putri_impian3@yahoo.com
dairy impian3 02.01.2013
Assalamualaikum,..
dairy pertama aku dlm tahun2013,ok.. SELAMAT TAHUN BARU all's..semakin hari semakin sibuk,aku saja sibuk kan diri,sekurang2nya aku dpt lupa apa yg tak patot aku ingat,..sekurang2nya aku bole lupakan untk sketika tentang dia...
lain org lain cara untuk melupakan seseorg yg disayangikan...urmmm, kecewa beb,aku tak tahu mcm mne nak lupakan kisah2 yg bole buat aku sedeh !
sebenarnya,
banyak perkara yg terbuku dlm hati,tp tak tahu pada siapa nak diluahkan,tak tahu dgn siapa patut aku share,kekdg dekat sni aku conteng2...sekurng2nya aku rasa lega,walaupun bukan semua aku luahkan dpt juga ringankan beban..
apabila ada kegembiraan,jgn lupa kesedihan tgah menanti kita,..berhati-hatilah... hati2,dlm kebaikan org pada kita ada niat yg tidak baik,..kadang2 aku tpikir smpai bila nak bterusan mcm ni,bukan aku tak bsyukur dlm hidup ni,bersyukur sgt,aku bukan malaikat aku hanya manusia biasa,aku nak yg tbaik walaupun aku bukan yg tbaik,..kita bole belajar untk jdi yg tbaik untuk org yg kita sayangi kan? InsyaAllah, Allah mmbantu kita,..
orang kata aku kuat?..kuat ke aku ni? entahlah,tp aku jenis tabah dan tegas...kalau itu keputusan aku tiada siapa bole halang,tiada siapa bole ubah,.tp bukan dengki gile,..kalo berbincang cara baik,cara baik aku bg balasan,..aku ni ade hati jugak,tegas ade tmpatnya...tabah? hahaa...yes ! aku mengaku,..yg belum kenal msti akan ckap aku ni perasan kuat..tp, kalo tahu jalan hidup aku pasti korang pikir mcm mne aku jalani hhidup dgn liku2 kehidupan aku nih,..
aku dari kecik..dri kecik beb ! aku rasa hidup untk bdikari..tu sbb mne aku pergi aku bole hidup...aku bukan berpelajar tggi,bukan sbb aku ni bodoh,bukan sbb aku ni tak layak,.tp sbb pengorbanan...pengorbanan aku ni mgkin org kata pengorbanan yg bodoh,tp korang kena tahu,dlm hidup ini kita tak boleh pentingkan diri..tak boleh ! tak belajar tinggi tak smstinya tak boleh bjayakan?..korang blajar tggi buat stu keje,aku yg mcm ni kena buat dua tiga keje untuk sehari,korang ade tpikir?..tanggungjawab yg aku rasa,.tggjwab !
mgkin ada kata perempuan ape lah penting sgt tggjwab tukan...urmm..kata kan apa saja..apa saja,..sekurang-kurangnya aku boleh bdiri dkaki sendiri..dri lepas aku abis frm6 aku trus sara diri,aku tak usik duet mak bapak aku lg,bukan sbb aku berlagak,tp sbb aku tahu da cukup untk mereka bkorban mnanggung aku,..aku patut ringankan bebakan dierg,..walaupun dierg bukan ibu bapa kandung aku,...aku rindukan pelukan seorg ibu kandung,tp tu semua tak mgkin akan blaku walaupun dia masih hidup,aku tak rasa dia perlukan aku,..aku tak boleh slahkan dia 100% mgkin wktu itu dia tdesak,..dgn adik aku yg dlahirkan rapat dgn aku..tp org lain yg ade anak kembar tu ok je...urmm ! lain org lain caranaya....oklah..nanti aku smbung lg,..aku sebak beb !
air mata jadi peneman aku tiap kali waktu nih...sebab tulah aku xnak lepaskan ape yg telah aku gengam~

Subscribe to:
Posts (Atom)