PERISTIWA AJAIB BERLAKU DI BUMI PALESTIN | Al-Kisah
yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,
Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang
lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada
Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh
pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.
Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah
kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar
tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.
Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.
Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu
masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah
itu? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi
laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat
pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah
serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan
tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di
lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera
mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas
yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju
ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai
sasaran di Israel!
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama
Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda
sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai
Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu
berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di
Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang
sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada
lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu
umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya
dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai,
peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini
usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang
musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah
(keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi
keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi
Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari
ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat,
Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji
As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini,
berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang
sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupuntangkas di medan
darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai
100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung
berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang
secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat
keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera
meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di
tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk
menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan
tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera
Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat
menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika
dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh
badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih
hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana
serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau
letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya
membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket
dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan
mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam
roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal
oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab
datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi
mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih,
sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan
doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.
Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati
kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan,
bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih
dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih
1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut,
mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab
yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak
dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang
syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan
seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih
bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza.
Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
No comments:
Post a Comment